Penerimaan NSDAP serta kelahiran The Third Reich siri III

 


Sejarah buku teks menulis bahawa Adolf Hitler 'Rise of Power' berlaku diatas kelicikan Hitler mengamalkan sikap diktatorship dengan cengkaman kuku besi. Hitler dituduh menamatkan karier politik pesaingnya bagi mengukuhkan kedudukannya. Melaksanakan undang-undang baru kononnya bagi menjamin kerusi Chancellornya kerna Hitler bersama partinya NSDAP tidak mendapat sokongan rakyat German. Namun, melihat pada gambar diatas, adakah ianya benar-benar berlaku? Ini sekeping lagi gambar untuk dijadikan rujukan serta penilaian akal waras para pembaca yang  budiman sekalian.


Ironi bukan? Gambar-gambar arkib menunjukkan sebaliknya. Adolf Hitler dilihat sebagai wira yang disanjung. Jadi didalam isu ketiga siri ini akan kami senaraikan pula akan usaha dan tindakan kerajaan The Third Reich dalam mensejahterakan German sehingga amat diterima rakyat dari pelbagai lapisan kaum. Apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh The Third Reich yang mengangkat mereka menjadi "Kerajaan paling Popular German".


* "Hiper - Inflasi dan The Great Depression.


Semasa Adolf Hitler diangkat menjadi Chacellor dan dengan menamatkan era pemerintahan Weimar Republic, dunia dilanda krisis kewangan dinamakan The Great Depression tahun 1922 dan German sebagai negara yang tewas perang dunia pertama dan diwajibkan membayar ganti rugi amat terkesan. Krisis ini menjadikan nilai matawang German menjunam teruk kerana kadar penukaran wang kertas yang tinggi. Harga sebuku roti pula mampu mencecah hingga 500 000 Reichmark dimana rakyat perlu membawa wang menggunakan kereta sorong. Duit Reichmark menjadi terlalu murah sehinggakan harga kertas biasa jauh lebih mahal dari wang kertas Reichmark. Banyak perniagaan di German terpaksa menggulung tikar akibat krisis ini dan sekaligus kadar penggangguran di German meningkat sehingga 6 juta orang.



Nilai tukaran wang yang rendah menjadikan German menjadi negara tarikan pelancong kerana kosnya adalah yang termurah di Eropah ketika itu. Pada tahun 1923 dan seterusnya menyaksikan German terutamanya Berlin menerima kemasukan pelancong warganegara Amerika yang sangat tinggi. Namun disebabkan kadar penggangguran dan jumlah pelancong yang tinggi, ramai rakyat German terutamanya wanita mengambil pilihan untuk menjalankan perniagaan tidak bermoral bagi meneruskan kelangsungan hidup. Berlin mula digelar Red Light District dan dipenuhi dengan rumah-rumah pelacuran, kelab-kelab aktiviti seksual malah Berlin turut merumahkan beratus studio filem lucah bagi tujuan pengambaran.


Berlin juga menjadi hub bagi kategori seks-seks songsang menjadikan ianya lebih menarik untuk dilawati oleh lelaki-lelaki berhidung belang yang ingin mencuba sesuatu. Harga yang murah kerana kejatuhan nilai matawang menjadikan aktiviti seksual lebih mudah didapati. Salah seorang ikon seks pada ketika itu, Marlene Dietrich anttara ikon seks yang cukup dikenali seluruh dunia. Beliau merupakan warganegara German sebelum berpindah ke Amerika.


Oleh yang demikian, langkah drastik perlu segera diambil bagi menyelamatkan masa depan German dan rakyatnya. Maka Adolf Hitler mengumumkan langkah drastik memperkasakan ekonomi German yang sehingga ke hari ini dikenali sebagai "German economic Miracle". 

Pengurangan kadar penggangguran.

Sejak dari tahun pertama hingga tahun ketiga pemerintahan The Third Reich, kerajaan German telah mengharamkan penggangguran. Ini mengakibatkan rakyat German wajib memilih apa sahaja kerja yang terlintas. Ini bagi mengatasi masalah cerewet dan memilih kerja. Rakyat yang didapati mengganggur dan tidak bekerja didalam tempoh tertentu akan dipenjarakan. Selain itu, The Third Reich turut menyingkirkan status kewarganegaraan kepada bukan warganegara di German ketika itu menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bekerja dan ini menghidangkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat German ketika itu. Pemilik perniagaan yang konsisten menyediakan peluang pekerjaan kepada warganegara pula akan diberikan inisiatif oleh kerajaan pada ketika itu. Ini sekaligus berjaya mengurangkan kadar penggangguran di German dari 6 juta kepada 30'000 penggangguran sahaja dalam tempoh 3 tahun dan sekaligus merancakkan semula ekonomi dalam negara German.


Sebuah pejabat jawatankuasa khas telah diwujudkan oleh NSDAP dikenali sebagai Reichsarbeitsdienst atau National Labour Service. Pejabat ini ditugaskan bagi menguruskan pembayaran inisiatif setiap 3 bulan kepada syarikat tertentu yang sentiasa membuka peluang pekerjaan dan yang sentiasa konsisten dalam penghasilan produk. NSDAP turut meluluskan pelbagai projek pembinaan mega bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya seperti contoh Autobahn atau lebuhraya yang merentasi seluruh German. Pembinaan Autobahn ini sahaja telah membuka peluang bekerja seluruh negara kerana jalurannya merentasi seluruh negara dan apabila siap kelak dijangka mampu merancakkan ekonomi sektor automotif German yang juga merupakan antara negara pengeluar kereta berjenama Mercedes, BMW, Porsche dan macam-macam lagi. Permintaan jumlah kereta yang tinggi bagi menggunakan Autobahn yang siap akan menyebabkan syarikat-syarikat automatif ini mengeluarkan lebih banyak produk kereta sekaligus akan memerlukan lebih banyak pekerja bagi memenuhi permintaan ini. Begitu pintarnya kerajaan NSDAP mengendalikan ekonomi German ketika itu.


NDAP turut memperuntukkan dana bagi projek-projek mega lain seperti pembinaan Stadium Nasional di Berlin dan projek perumahan mega di sekitar bandar-bandar tumpuan di German. Rumah-rumah ini kemudiannya dijual kepada rakyat dengan harga mampu milik. Stadium Nasional Berlin pula digunakan bagi Sukan Olimpik pada musim panas 1936. Temasya pada 1936 ini juga buat julung-julung kalinya larian obor olimpik diperkenalkan oleh The Third Reich dan masih digunapakai sehingga ke hari ini.



Pada tahun 1973 pula, Adolf Hitler sendiri telah membuahkan idea untuk melancarkan jenama kenderaan rakyat sendiri dan ianya masih wujud sehingga ke hari ini. Jenama Volkswagen atau terjemahannya VOLKS : Rakyat dan Wagen : Kereta membawa maksud kereta rakyat. Keluarga dan rakyat German disarankan bagi membelinya kerana Volkswagen dijual dengan harga yang sangat rendah serta mampu dibeli dengan bayaran ansuran bulanan.


Pada tahun 1933 hingga 1936, jumlah pekerja bagi sektor industri pembinaan meningkat 3x ganda terutamanya didalam projek-projek pembinaan bangunan awam dan kerajaan. Oleh yang demikian, NSDAP mengeluarkan inisiatif berbentuk barangan seperti penyodok, basikal dan armband kepada pekerja-pekerja industri pembinaan. 


Bagi golongan pemuda yang mengganggur serta golongan baru lepas belajar pula, NSDAP memperkenalkan sistem "National Service" program Khidmat Negara bagi menanam sikap displin dan patriotik. Selamat tamat berkhidmat didalam National Service, mereka akan diserap kedalam pasukan "Wehrmacht" iaitu pasukan tentera nasional German. Selain dari itu, unit Schutzstaffel (SS) juga membuka peluang kemasukan baru namun SS lebih memfokuskan latihan elit dimana rejim latihan yang lebih ketat dan berdisplin lebih diutamakan.


Selain daripada itu, wanitu juga disarankan untuk hanya duduk dirumah dan akan diberi bantuan inisiatif khas kepada golongan wanita yang terus melahirkan zuriat. Ini bagi membolehkan anak-anak German mendapat kasih sayang dari ibu kerana Adolf Hitler sendiri amat menyanjungi ibunya Clara dan potret Clara ada didalam dompetnya sehingga akhir hayatnya. NSDAP turut mengeluarkan arahan yang tidak menggalakkan para majikan menggajikan pekerja wanita melainkan benar-benar terpaksa.



Bagi menjamin kestabilan nilai matawang German pula, NSDAP juga melarang kemasukan barangan import melainkan barangan-barangan penting yang diperlukan bagi menjamin kestabilan dan keperluan rakyat dan negara German. Ini membuka lebih banyak peluang memonopoli bidang perniagaan oleh warga tempatan dan wang kertas German hanya berlegar disekitar negara German sahaja. 

Adolf Hitler juga turut menghapuskan sistem perbankan swasta yang mengamalkan riba sebagai langkah membela rakyat German yang banyak terhimpit dengan masalah hutang yang tinggi sekaligus menyukarkan kehidupan seharian mereka. Bank-bank swasta banyak ditutup dan aset mereka dirampas dan antara yang terlibat adalah bank milik keluarga Rotschild. 

NSDAP juga melaksanakan undang-undang sivil yg cukup ketat bagi membersihkan semula nama Berlin yang terkenal sebagai kota pelacuran. Rumah-rumah pelacuran, kelab-kelab seksual, teater tayangan lucah dan syarikat-syarikat produksi filem lucah diarahkan untuk tutup.Bahan visual dan bacaan berunsur seksual dirampas dan dihapuskan. Bukan itu sahaja, pelaku-pelaku seks songsang seperti gay dan lesbian turut ditangkap dan dihantar ke pusat kaunseling. Oleh yang demikian, ikon seks Marlene Dietrich terpaksa melarikan diri ke Amerika bagi mengelakkan dari ditangkap.

Tindakan pantas dan cekap kerajaan The Third Reich ini telah menyelamatkan German dari terus terjerumus didalam kancah kemiskinan dan moral sosial. Berlin berjaya dibersihkan dan German diangkat sebagai salah satu kuasa ekonomi terbesar di Eropah kalau bukan dunia di masa itu. Ini kerana disaat rakyat German menikmati hidup mereka, negara-negara lain masih sedang bergelut untuk keluar dari kancah The Great Depression.



Comments

Popular posts from this blog

Blutfahne - The Blood Flag

Order no. 270 & Order no. 227

Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii