Posts

Showing posts from November, 2020

Order no. 270 & Order no. 227

Image
 Sebelum bermulanya perang dunia kedua. Soviet Union dilanda dengan pelbagai masalah dalaman namun yang paling terutama dan cukup dikenali sekali adalah THE GREAT PURGE  yang dikatakan berlaku pada tahun 1936 hingga 1938. Ianya turut dikenali sebagai The Great Terror. Pada tahun 1924, pengasas kepada Soviet Union, Vladimir Lenin telah mati dan meninggalkan wasiat supaya pemerintahan Soviet Union tidak diserahkan kepada Joseph Stalin. Namun, tanpa diketahuinya, Stalin telah mengukuhkan kedudukannya didalam parti Bolsheviks tanpa diketahui Lenin dan perkara pertama dilakukan Stalin selepas kematian Lenin adalah mengangkat dirinya sendiri sebagai ketua parti Bolshevik sekaligus pemerintah Soviet Union pada tahun 1929 selepas bertungkus lumus merebut jawatan tersebut. Pada pertengahan tahun 1930, Stalin mula rasa tergugat akan saingan didalam parti Bolshevik serta teman-temannya yang dilihat sebagai pro kerajaan Lenin dahulu. Punca sebenar The Great Purge masih tidak dapat disahihkan denga