Posts

Showing posts from May, 2020

Stich in den Rücken

Image
Stich in den Rücken Stab in the back. Semasa hayatnya Adolf Hitler. Beliau diangkat sebagai seorang "Orator" atau didalam bahasa Malaysia, Pemidato yang cukup hebat. Ucapan dan hujahnya seringkali disanjung tinggi dan disertai dengan tepukan dan sorakan yang gemuruh oleh pendengar-pendengarnya. Ini diakui oleh kawan dan lawannya. Di peringkat awal penubuhan Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei atau NSDAP yang membawa maksud Germans National Workers Party, Adolf Hitler sering memberikan hujah dan pidato di beer hall sekitar Munich. Tidak dinafikan bahawa kehebatannya menyampaikan hujah yang menaikkan namanya ke seluruh pelusuk German. Dari Munich hingga ke Berlin. Telah perlbagai pentas yang telah disinggahi oleh Adolf Hitler. Antara ucapannya yang cukup terkenal adalah  "Stich in den Rücken" Tentu pembaca tertanya-tanya apakah yang dikaitkan dengan tikaman dari belakang ini? Apa kaitannya dengan German? Ini adalah kerana mengikut konteks sejara

Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii

Image
KRIEGSMARINE BISMARCK & HER MAJESTY SHIPS HOOD Battle of the Atlantic Sea. Berat : 51,700 tan Meriam : 2 laras didalam 4 meriam - 8 Kaliber meriam : 380 mm / 15 inci Berat peluru meriam utama : 800 kg per peluru Jarak tembakan : 36 miles Enjin : 12 Wagner boiler dengan kelajuan maksima 30.01 knots Kapten :  Otto Ernst Lindemann -  Gunther Lutjens Tenggelam : 27 Mei 1941 oleh serangan dari sebahagian besar kapal Royal Navy. Namun sehingga ke hari ini, pertengkaran tentang bagaimana Bismarck ditenggelamkan masih dibahaskan KMS Bismarck merupakan kapal kesayangan Adolf Hitler. Mula dibina pada 1 Julai 1936, dilancarkan pada 14 Februari 1939 dan mula ditauliahkan ke tentera laut Kriegsmarine pada 24 Ogos 1940. Diberi nama sempena bekas kaunselor German, Otto Von Bismarck . Bismarck adalah satu daripada 2 kapal Bismarck class battleships, adiknya KMS Tirpitz merupakan battleships terbesar eropah memandangkan German tidak menandatangani Washington Naval Treaty. Namun pemb

Capital Ships tentera laut negara Perang Dunia Kedua siri ii

Image
IJN Yamato Imperial Japanese Navy (IJN) Yamato Berat : 72,000 tan Meriam : 3 laras didalam 3 meriam - 9 Kaliber meriam : 460 mm / 18.1 inci Berat peluru meriam utama : 1,460 kg per peluru Jarak tembakan :  26 miles Enjin : 12 Kampon turbin dengan kelajuan maksima 27 knots Kapten : Isoroku Yamamoto - Kosaku Aruga Tenggelam : 7 April 1945 didalam misi Ten-Ichi Go oleh USN Task Group 58 Yamato yang juga bermaksud Harmoni adalah nama yang diambil oleh salah sebuah daerah di Jepun yakni Yamato Province. Ianya telah mula dibina pada 4 November 1937 di pelabuhan Kure. Pembinaan Yamato dijalankan didalam penuh kerahsiaan daripada pengetahuan awam dan dunia kerana saiz Yamato itu sendiri telah melanggar perjanjian yang turut ditandatangani oleh Jepun yang telah mengehadkan saiz battleships mereka iaitu Washington Naval Treaty pada 6 Februari 1922.  Dilengkapi dengan hampir 3000 orang kelasi termasuk officials. Yamato juga dianggap suci oleh masyarakat Jepun kerana diperca

Capital Ships tentera laut negara Perang Dunia Kedua siri I

Image
Pelabuhan Kure (Kure-shi) terletak didalam wilayah Hiroshima dan merupakan satu daripada dua pelabuhan tertua di Jepun dan masih berdiri sehinggi kini. Pada tahun 2020, Kure masih digunakan sebagai pangkalan perang bagi unit tentera laut bagi JMSDF (Japan Maritime Self-Defense Force) Namun, lebih kurang 80 tahun yang lepas, Kure berfungsi sebagai sebuah bandar pelabuhan (Kure Naval District) bagi tentera laut diraja Jepun (IJN). Ianya juga menjadi pusat ketumbukan utama semasa perang dunia kedua oleh IJN. Kure juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi lokasi pelancaran kapal perang utama Jepun pada ketika itu, IJN Tsukuba pada 1905 bagi menghadapi kemungkinan perang (Perang Dunia Pertama 1911). Selain dari memegang rekod sebagai antara Pelabuhan Perang tertua dunia, Kure juga memegang rekod sebagai lokasi kelahiran kepada DUA buah Kapal Tempur (Battleship) kelas Yamato iaitu IJN Yamato dan IJN Musashi. Selain daripada Yamato dan Musashi, Jepun turut membina IJN