Capital Ships tentera laut negara Perang Dunia Kedua siri ii
IJN Yamato
Imperial Japanese Navy (IJN) Yamato
Berat : 72,000 tan
Meriam : 3 laras didalam 3 meriam - 9
Kaliber meriam : 460 mm / 18.1 inci
Berat peluru meriam utama : 1,460 kg per peluru
Jarak tembakan : 26 miles
Enjin : 12 Kampon turbin dengan kelajuan maksima 27 knots
Kapten : Isoroku Yamamoto - Kosaku Aruga
Tenggelam : 7 April 1945 didalam misi Ten-Ichi Go oleh USN Task Group 58
Yamato yang juga bermaksud Harmoni adalah nama yang diambil oleh salah sebuah daerah di Jepun yakni Yamato Province. Ianya telah mula dibina pada 4 November 1937 di pelabuhan Kure. Pembinaan Yamato dijalankan didalam penuh kerahsiaan daripada pengetahuan awam dan dunia kerana saiz Yamato itu sendiri telah melanggar perjanjian yang turut ditandatangani oleh Jepun yang telah mengehadkan saiz battleships mereka iaitu Washington Naval Treaty pada 6 Februari 1922.
Battle of Leyte Gulf : 23 - 26 Oktober 1944
Pertempuran Laut terbesar didalam sejarah perang dunia kedua.
Battle of Leyte Gulf juga menjadi lokasi kelahiran bagi tektik terkenal Jepun iaitu Kamikaze. Tektik ini mula digunakan di pertempuran ini dimana pesawat-pesawat Jepun akan diisi dengan bahan letupan dimana juruterbang-juruterbang amatur ini akan mengemudi pesawat mereka menghentam kapal-kapal Amerika.
Sekali lagi IJN Yamato dan IJN Musashi dikerah bagi memberi bantuan sokongan. Pertarungan ini cukup sengit kerana turut disertai kapal-kapal besar seperti Yamato class battleship dan Iowa class battleship namun sayangnya mereka tidak bertemu kerana Yamato diumpan oleh sekumpulan Task Force kecil Amerika yang dipanggil "Taffy 3". Taffy 3 disertai oleh :
USS Kalinin Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS Fanshaw Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS St. Lo : Pengangkut Pesawat kecil
USS White Plains : Pengangkut Pesawat kecil
USS Gambier Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS Heerman : Destroyer
USS Johnston : Destroyer
USS Dennis : Destroyer kecil
USS John C. Butler : Destroyer kecil
USS Dennis : Destroyer kecil
USS Raymond : Destroyer kecil
USS Samuel B. Roberts : Destroyer kecil
Melihatkan jumlah kapal ini, Laksamana Kurita yang mengetuai pasukan Jepun disertai IJN Yamato dan Musashi menyangka ini adalah unit utama pasukan Amerika kerana disertai oleh kapal aircraft carrier. Jadi mereka mula membedil Taffy 3 dalam cubaan menenggelamkan Taffy 3. Didalam pertempuran ini, Yamato berjaya merosakkan USS Gambier Bay dan tidak lama kemudian Gambier Bay pun tenggelam.
Namun harga bagi pertempuran ini adalah terlalu tinggi buat Jepun. Antara kapal-kapal Jepun yang tenggelam adalah :
IJN Musashi : battleship
IJN Kirishima : battleship
IJN Fuso : battleship
IJN Yamashiro : battleship
IJN Atago : cruiser
IJN Mogami : cruiser
IJN Maya : cruiser
11 destroyer Jepun
IJN Zuikaku : aircraft carrier
IJN Zuiho : aircraft carrier
oleh disebabkan pertempuran ini didominasi oleh pesawat diudara, Yamato kembali berlabuh di Kure dan diubahsuai dengan penambahbaikan unit anti udara. Berikut adalah gambar rajah Yamato sebelum dan selepas proses Refit.

Dilengkapi dengan hampir 3000 orang kelasi termasuk officials. Yamato juga dianggap suci oleh masyarakat Jepun kerana dipercayai saiznya yang besar akan membuatkan Yamato mustahil ditenggelamkan. Selepas Yamato mula ditauliahkan pada 16 December 1941. Seminggu selepas serangan keatas Pearl Harbor. Selepas kejayaan serangan ke atas Pearl Harbor dan membantu Tentera Darat Jepun (IJA) keatas Malaya melalui serangan keatas HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di perairan Pahang, Laksamana tertinggi Jepun ketika itu, ISOROKU YAMAMOTO menjadikan Yamato sebagai flagship kepada Tentera Laut Jepun.
Namun seperti yang dimaklumkan didalam siri I. Battleships melambangkan maruah sesebuah negara, oleh sebab itulah Adolf Hitler meraikan kejayaan KMS Bismarck menenggelamkan HMS Hood dan berita ini benar-benar membuatkan Winston Churchill marah dan bersungguh-sungguh mahu menenggelamkan KMS Bismarck bagi menebus semula maruah mereka. Oleh kerana doktrin dan ideologi ini, IJN Yamato lebih banyak menghabiskan masa di pelabuhan dengan alasan naiktaraf namun hakikatnya Kerajaan Jepun tidak sanggup untuk mempertaruhkan nasib Yamato. Yamato turut digelar sebagai Hotel oleh pasukan ahli tentera laut lain kerana hiasan interiornya yang mewah dan hanya digunakan sebagai tempat penginapan kepada krewnya. Mengikut filem "Otoko tachi-no Yamato" 2005 dan "Isoroku Yamamoto : Commander in Chief of the Combined Fleet" 2011 menggambarkan Yamato memiliki ruang makan ekslusif yang mewah untuk kepimpinan tertinggi Yamato. Yamato juga dipercayai dilengkapi dengan penghawa dingin dan lif.
4-7 Jun 1942
Battle of Midway
Selepas kejayaan menawan Asia Tenggara hinggalah ke kepulauan Solomon. Pemerintah Jepun mengeluarkan arahan kepada Laksamana Isoroku Yamamoto untuk merancang strategi bagi menawan Pulau Midway yang berada ditengah-tengah lautan Pacific diantara Jepun dan Amerika. Strategi menawan Midway perlu berjaya bagi menyekat setiap bantuan dari Amerika kepada Australia sebelum tentera darat Jepun ingin menawan Australia. Midway juga ingin digunakan sebagai platform bagi melancarkan unit tentera udara Jepun sebelum melakukan serangan kedua keatas kepulauan Hawaii sebelum mula menyerang Amerika. Mengikut plan yang dibentangkan oleh Isoroku Yamamoto, Carrier Fleet 1 yang disertai oleh aircraft carrier IJN Akagi dan IJN Kaga dibawa arahan Chuichi Nagumo akan dibantu oleh Tamon Yamaguchi yang mengawal aircraft carrier IJN Hiryu dan IJN Soryu untuk mengebom landasan kapal terbang di Midway menggunakan bomb namun menyediakan persediaan secukupnya dengan pesawat torpedo bagi mengumpan 3 aircraft Carrier milik Amerika iaitu USS Yorktown, USS Hornet dan USS Enterprise. Yamamoto juga percaya Amerika cuma tinggal 2 unit aircraft carrier sahaja kerana pertempuran sebelum ini, battle of the Coral Sea menyaksikan USS Yorktown rosak teruk begitu juga dengan Carrier Fleet 5 Jepun iaitu Zuikaku dan Shokaku. Pengeboman di Midway dipercayai akan mengumpan baki aircraft carrier milik Amerika untuk keluar dari Hawaii dan melancarkan serangan keatas unit Nagumo dan Yamaguchi. Apabila umpan telah mengena, Unit aircraft carrier akan berundur ke zon selamat berhampiran IJN Yamato dan kapal-kapal lain dimana mereka akan membedil kapal-kapal Amerika menggunakan meriam utama mereka sekaligus menenggelamkan saki baki aircraft carrier milik Amerika. Plan yang cukup sempurna.
Namun sayangnya, plan ini telah diketahui oleh Amerika kerana pemecah kod mereka berjaya memecahkan kod mesej Jepun dan mereka telah menjangkakan serangan ini. Yang ingin menyerang hendap, kini akan diserang hendap. Kemenangan bertali arus Jepun keatas serangan sebelum-sebelum ini menyebabkan Nagumo menjadi angkuh dan alpa lantas mengingkari arahan Yamamoto dalam menyediakan skuadron torpedo secukupnya untuk menyerang aircraft carrier Amerika. Nagumo menjangkakan Amerika tidak akan berani untuk berdepan Jepun selepas kekalahan d Coral Sea lantas Nagumo percaya Amerika tidak akan muncul jadi melengkapkan kesemua skuadron pesawatnya dengan bom untuk mengebom aset-aset Amerika di Midway. Sayangnya, DIA SALAH. Akagi, Kaga dan Soryu berjaya ditenggelamkan. Nagumo terpaksa melarikan diri dengan bot penyelamat. Hiryu dibawah selian Yamaguchi menyerang balas dan berjaya menenggelamkan USS Yorktown namun tidak lama kemudian, Yamaguchi tenggelam bersama Hiryu diatas kod Samurai daripada serangan balas dari USS Enterprise. Berita ini sampai ketelinga Yamamoto yang berada diatas IJN Yamato. Kekalahan ini merupakan tamparan hebat kerana ini merupakan kekalahan pertama Jepun yang dianggap kebal sebelum ini. Yamamoto dirayu oleh ramai anak kapalnya untuk terus berlayar dan membedil USS Enterprise dan USS Hornet menggunakan kehebatan meriam 460mm milik Yamato namun Yamamoto memilih untuk tidak berbuat demikian kerana tidak ingin mengambil risiko menenggelamkan Yamato. Maka mereka pun berlayar pulang ke Jepun dengan kekalahan.
Battle of Philippine Sea 19-20 Jun 1944
Pada ketika ini, IJN Yamato dibawah kapten Jisaburo Ozawa yang menggantikan Isoroku Yamamoto sebagai Commander in Chief of Japanese Combined Fleet yang terkorban ketika dalam perjalanan untuk melakukan lawatan keatas kem tentera Jepun di Solomon Island. IJN Yamato dan adiknya IJN Musashi diminta oleh pemerintah Jepun memberikan bantuan mempertahankan Pulau Mariannas dari Amerika. Namun sekali lagi Jepun kalah teruk dalam pertempuran ini dimana Jepun kehilangan 2 lagi aircraft carrier mereka iaitu IJN Taiho dan IJN Shokaku. Kedua-dua kapal ini ditenggelamkan oleh kapal selam Amerika iaitu USS Albacore dan USS Cavalla. Ini juga merupakan satu tamparan hebat buat Jepun kerana Amerika menang besar didalam pertempuran ini.
Battle of Leyte Gulf : 23 - 26 Oktober 1944
Pertempuran Laut terbesar didalam sejarah perang dunia kedua.
Battle of Leyte Gulf juga menjadi lokasi kelahiran bagi tektik terkenal Jepun iaitu Kamikaze. Tektik ini mula digunakan di pertempuran ini dimana pesawat-pesawat Jepun akan diisi dengan bahan letupan dimana juruterbang-juruterbang amatur ini akan mengemudi pesawat mereka menghentam kapal-kapal Amerika.
Sekali lagi IJN Yamato dan IJN Musashi dikerah bagi memberi bantuan sokongan. Pertarungan ini cukup sengit kerana turut disertai kapal-kapal besar seperti Yamato class battleship dan Iowa class battleship namun sayangnya mereka tidak bertemu kerana Yamato diumpan oleh sekumpulan Task Force kecil Amerika yang dipanggil "Taffy 3". Taffy 3 disertai oleh :
USS Kalinin Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS Fanshaw Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS St. Lo : Pengangkut Pesawat kecil
USS White Plains : Pengangkut Pesawat kecil
USS Gambier Bay : Pengangkut Pesawat kecil
USS Heerman : Destroyer
USS Johnston : Destroyer
USS Dennis : Destroyer kecil
USS John C. Butler : Destroyer kecil
USS Dennis : Destroyer kecil
USS Raymond : Destroyer kecil
USS Samuel B. Roberts : Destroyer kecil
Melihatkan jumlah kapal ini, Laksamana Kurita yang mengetuai pasukan Jepun disertai IJN Yamato dan Musashi menyangka ini adalah unit utama pasukan Amerika kerana disertai oleh kapal aircraft carrier. Jadi mereka mula membedil Taffy 3 dalam cubaan menenggelamkan Taffy 3. Didalam pertempuran ini, Yamato berjaya merosakkan USS Gambier Bay dan tidak lama kemudian Gambier Bay pun tenggelam.
Namun harga bagi pertempuran ini adalah terlalu tinggi buat Jepun. Antara kapal-kapal Jepun yang tenggelam adalah :
IJN Musashi : battleship
IJN Kirishima : battleship
IJN Fuso : battleship
IJN Yamashiro : battleship
IJN Atago : cruiser
IJN Mogami : cruiser
IJN Maya : cruiser
11 destroyer Jepun
IJN Zuikaku : aircraft carrier
IJN Zuiho : aircraft carrier
oleh disebabkan pertempuran ini didominasi oleh pesawat diudara, Yamato kembali berlabuh di Kure dan diubahsuai dengan penambahbaikan unit anti udara. Berikut adalah gambar rajah Yamato sebelum dan selepas proses Refit.
SEBELUM REFIT
SELEPAS REFIT
OPERATION TEN-GO (HEAVEN ONE)
untuk operasi Ten-Go. kami sediakan dalam bentuk visual video supaya mudah difahami. Kredit kepada World Of Warship milik syarikat Wargaming.

Comments
Post a Comment