Order no. 270 & Order no. 227

 Sebelum bermulanya perang dunia kedua. Soviet Union dilanda dengan pelbagai masalah dalaman namun yang paling terutama dan cukup dikenali sekali adalah THE GREAT PURGE yang dikatakan berlaku pada tahun 1936 hingga 1938. Ianya turut dikenali sebagai The Great Terror. Pada tahun 1924, pengasas kepada Soviet Union, Vladimir Lenin telah mati dan meninggalkan wasiat supaya pemerintahan Soviet Union tidak diserahkan kepada Joseph Stalin. Namun, tanpa diketahuinya, Stalin telah mengukuhkan kedudukannya didalam parti Bolsheviks tanpa diketahui Lenin dan perkara pertama dilakukan Stalin selepas kematian Lenin adalah mengangkat dirinya sendiri sebagai ketua parti Bolshevik sekaligus pemerintah Soviet Union pada tahun 1929 selepas bertungkus lumus merebut jawatan tersebut.



Pada pertengahan tahun 1930, Stalin mula rasa tergugat akan saingan didalam parti Bolshevik serta teman-temannya yang dilihat sebagai pro kerajaan Lenin dahulu. Punca sebenar The Great Purge masih tidak dapat disahihkan dengan tepat sehingga ke hari ini namun teori yang paling popular adalah politik. Stalin perlu mengukuhkan kekuatannya dari dicabar oleh sesiapa yang berpoteni mengugat kedudukannya. Kebangikatan parti Sosialis di German serta Jepun yang sedang memperluaskan wilayahnya juga dilihat mampu menggugat kedudukan Stalin apatah lagi sejarah pernah menulis Empayar Russia yang besar pernah ditewaskan oleh Jepun.


Pada tahun 1934, seorang pemimpin parti Bolsheviks Leningrad telah dibunuh. Beliau bernama Sergei Kirov dan telah dibunuh oleh Leonid Nikolayev. Motif pembunuhan tidak diketahui namun ada teori mengatakan pembunuhan itu dilakukan atas arahan oleh Stalin sendiri. Stalin menafikannya dan mendakwa beliau dan Kirov memiliki hubungan yang utuh malah Kirov sendiri adalah salah seorang penyokong Stalin.



Menggunakan kematian Kirov sebagai alasan, Stalin mula melancarkan The Great Purge dengan alasan bahawa terdapatnya komplot anti-Stalin keatasnya dari dalam parti Bolsheviks itu sendiri. Dari sinilah Stalin mula mendapat gelaran Diktator.

The Great Purge


The Great Purge atau turut dikenali sebagai The Great Terror berlaku sekitar tahun 1936 sehingga 1938. Ramai pakar mendakwa sehingga 750,000 individu terkorban manakala jutaan lagi dihukum dihantar ke kem tahanan atau gulag didalam bahasa Russia. Terma-terma yang sering digunakan oleh Stalin seperti "Fifth Column", "Enemy of the people" dan "Saboteur" sering digunakan kepada mangsa-mangsa purge ini bagi menghalalkan perbuatan beliau. The Great Purge dimulakan keatas dengan hukuman keatas ahli-ahli parti Bolsheviks itu sendiri dan kemudiannya diikuti oleh ahli politik dan ketenteraan yang dipercayai tidak sehaluan dengan Stalin sebelum kemudiannya beralih kepada rakyat-rakyat biasa di Soviet Union. Ramai yang telah ditangkap tanpa kesalahan yang jelas atau tiada kesalahan langsung. Dibicarakan sesegera mungkin dan dihukum tembak. Saki bakinya pula yang tidak dihukum tembak akan dihantar ke kem buruh atau dipanggil sebagai GULAG.


Tindakan melancarkan The Great Purge ini ternyata telah melumpuhkan Soviet Union dari pelbagai sudut namun yang paling terkesan sekali adalah Unit Ketenteraan Soviet Union. Ramai dari pucuk-pucuk pimpinan ketenteraan tertinggi termasuklah General tentera Soviet yang dihukum.

Tidak lama selepas itu, tahun 1940 tiba dan OPERATION BARBAROSSA dilancarkan oleh The Third Reich. Merupakan serangan offensive terbesar didalam sejarah dunia. Tentera Wehrmacht dibantu oleh Luftwaffe di udara dan Kriegsmarine di lautan mula melepasi garis sempadan di Poland dan mula memasuki tanah daerah Soviet Union dengan taktik BLITZKRIEG. Taktik yang sama yang berjaya melumpuhkan Poland dan Perancis dengan pantas. Beberapa teks sejarah Soviet dipetik mengatakan "Stalin tidak menjangkakan serangan dari pihak German dan Stalin sendiri memilih untuk mengunci dirinya didalam biliknya sendiri dan enggan bertemu sesiapa akibat tamparan oleh Operation Barbarossa tersebut".


Semasa Operation Barbarossa mula dilancarkan, bukan sahaja Soviet Union mengalami kekalahan teruk, mereka telah hilang hampir kesemua negara-negara lain dibawah kesatuannya seperti Poland, Latvia, Estonia, Belarussia malah perarakan tentera Wehrmacht disambut sebagai wira oleh penduduk tempatan yang menggelar mereka Liberator (Tentera Pembebasan). Ianya mungkin berpunca dari tragedi "The Great Famine" sebelum ini. Bukan itu sahaja, tentera Soviet turut mengimplikasikan tektik yang dikenali sebagai 'Scorched Earth' dimana mereka akan memusnahkan dan membakar setiap infrastruktur yang ada semasa berundur. Taktik ini agak efisien bagi menghalang ianya dari jatuh ketangan tentera Wehrmacht dan menggelakkan dari digunakan semula. Rumah-rumah yang ada sepanjang laluan berundur dimusnahkan bagi mengelakkan dari digunakan sebagai tapak rehat dan teduhan sementara Wehrmacht. Ladang-ladang tanaman juga dibakar supaya hasil makanannya tidak dapat diperoleh oleh German. Ini sekaligus memberikan kesan kepada penduduk dan rakyat awam dikawasan terbabit. Taktik Scorched Earth ini juga turut digunakan oleh British semasa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu. Selain daripada itu, sejumlah besar dari tentera The Red Army telah berjaya ditahan sebagai tahanan perang. Angka yang ditahan cukup besar sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam kedalam unit ketenteraan Soviet Union. 


Berang dengan tindakan komander-komander tenteranya yang menyerah seperti pengecut dan memberi kesan kepada kemaraan Wehrmacht. Stalin mula memperkenalkan arahan "ORDER No. 270 dan ORDER No. 227" dengan quote "There is no Soviet's prisoners of war, only TRAITORS!" 

Arahan ini diberikan kepada Komissar yang bertugas dilapangan dan ianya jelas, mereka diarahkan untuk berada di bahagian belakang unit yang menyerang. Tugas mereka adalah untuk menembak sesiapa sahaja dari unit tentera Soviet yang berundur atau meninggalkan post masing-masing. Wehrmacht yang dilengkapi dengan kelengkapan perang yang lebih efisyen ternyata dengan mudah mampu memecahkan benteng serangan dari The Red Army dan ini melahirkan rasa ketakutan kepada conscript-conscript Soviet dan meninggalkan posisi masing-masing. Bayangkan apa yang berada didalam kepala pemikiran tentera Soviet ketika itu? Untuk maju kehadapan melancarkan serangan offensive, mereka akan dihujani peluru-peluru mesingan dari Wehrmacht manakala untuk berundur ke posisi defensive mereka akan dihujani peluru-peluru mesingan dari Soviet Union. Stalin turut meluluskan undang-undang baru dimana sesiapa yang ditangkap melarikan diri dari medan perang, menyerah kalah atau desertion, mereka bukan sahaja dilabel sebagai pengkhianat negara, mereka akan dihukum mati, sebarang bentuk bantuan atau subsidi kepada ahli keluarga mereka akan ditarik semula dan ahli keluarga mereka boleh dihantar ke Gulag diatas kesalahan mereka. 



Ini barulah diktator sebenar.


Comments

Popular posts from this blog

Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii

Holodomor - The Great Famine