Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii

KRIEGSMARINE BISMARCK & HER MAJESTY SHIPS HOOD
Battle of the Atlantic Sea.



Berat : 51,700 tan
Meriam : 2 laras didalam 4 meriam - 8
Kaliber meriam : 380 mm / 15 inci
Berat peluru meriam utama : 800 kg per peluru
Jarak tembakan : 36 miles
Enjin : 12 Wagner boiler dengan kelajuan maksima 30.01 knots
Kapten : Otto Ernst Lindemann - Gunther Lutjens
Tenggelam : 27 Mei 1941 oleh serangan dari sebahagian besar kapal Royal Navy. Namun sehingga ke hari ini, pertengkaran tentang bagaimana Bismarck ditenggelamkan masih dibahaskan

KMS Bismarck merupakan kapal kesayangan Adolf Hitler. Mula dibina pada 1 Julai 1936, dilancarkan pada 14 Februari 1939 dan mula ditauliahkan ke tentera laut Kriegsmarine pada 24 Ogos 1940. Diberi nama sempena bekas kaunselor German, Otto Von Bismarck. Bismarck adalah satu daripada 2 kapal Bismarck class battleships, adiknya KMS Tirpitz merupakan battleships terbesar eropah memandangkan German tidak menandatangani Washington Naval Treaty. Namun pembinaan Bismarck dan Tirpitz dianggap menyalahi undang-undang kerana German terikat dengan Perjanjian Treaty of Versailles dimana German tidak dibenarkan memiliki sebarang unit tentera laut.


Ketika permulaan perang dunia kedua, 1 September 1939, Amerika mengambil keputusan berikutan tuntutan popular rakyatnya untuk tidak langsung terlibat dengan perang di Eropah yang langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Amerika. Amerika adalah negara Neutral namun tindakan F.D Roosevelt memberikan bantuan kepada negara Allied dan mengenakan embargo keatas Jepun dan German dilihat tidak adil bagi sesebuah negara berpendirian Neutral. Tidak seperti Switzerland, Amerika terus membekalkan keperluan perang seperti besi, peluru dan aset-aset ketenteraan kepada British. Oleh yang demikian, The Third Reich mengambil keputusan untuk menyekat konvoi bantuan daripada Amerika ini dengan melakukan serangan ke atas kapal-kapal konvoi.


Operation Rhineburg.
Operasi 8 hari menyerang konvoi bantuan.
KMS Bismarck - battleship
KMS Prinz Eugen - heavy cruiser

Pada peringkat awal plan Operasi Rhineburg, 2 beradik battlecruiser German Scharnhorst dan Gneisenau sepatutnya digunakan didalam operasi ini bagi menghalang konvoi misi bantuan dari Amerika ke Britain namun pada Mei 1941, Scharnhorst dan Gneisenau yang berada di Brest telah dibedil dengan teruk oleh bom yang dijatuhkan daripada Royal Air Force milik Britain. Ini menyebabkan Scharnhorst dan Gneisenau terpaksa dibaik pulih jadi battleship baru milik Kriegsmarine, KMS Bismarck dipanggil bagi menggantikan mereka. Bismark akan diiringi oleh Prinz Eugen, sebuah cruiser berat. Dibawah pemerintahan Naib Laksamana Gunther Luntjens, Bismarck dibawah kapten Otto Ernst Lindermann berlayar memulakan Operasi Rhineburg pada jam 8 malam 18 Mei 1941. Namun maklumat pelayaran mereka diketahui oleh Pasukan Royal Navy British dan mereka menghantar HMS Hood dan HMS Prince of Wales yang dalam pelayaran ke Selat Denmark bagi memintas mereka. Mereka akan disertai oleh dua buah cruiser HMS Norfolk dan HMS Suffolk yang telah pun berada disana untuk tugas kawalan patrol.

Pada petang 23 Mei 1941, HMS Suffolk telah berjaya mengesan KMS Bismarck dan mendedahkan lokasi Bismarck kepada pemerintah tertinggi Navy British. Commander-in-Chief bagi Royal Navy British sendiri, Laksamana Sir John Tovey telah berlayar bersama diatas kapal HMS King George V, dan pengangkut pesawat HMS Victorious bersama beberapa kapal pengiring.

Akhirnya, pada pagi 24 Mei 1941, tarikh bersejarah apabila KMS Bismarck bersama KMS Prinz Eugen akhirnya bertemu dengan HMS Hood dan HMS Prince of Wales dengan jarak 23km. Pada jam 5.52 pagi, HMS Hood dan HMS Prince of Wales mula melepaskan tembakan kearah HMS Prinz Eugen yang disangkakan Bismarck.

HMS Hood.




Berat : 46,680 tan
Meriam : 2 laras didalam 4 meriam : 8
Kaliber meriam : 380 mm / 15 inci
Berat peluru meriam utama : 870 kg per peluru
Jarak tembakan : 27 miles
Enjin : 4 geared turbin stim dengan kelajuan maksima 31 knots
Kapten : Ralph Kerr
Tenggelam : 24 Mei 1941 oleh serangan dari KMS Bismarck yang mengenai ruang peluru HMS Hood dan meletupkan dek kapal serta menenggelamkan HMS Hood.

15 minit selepas tembakan pertama dilepaskan oleh HMS Hood dan HMS Prince of Wales. KMS Bismarck mula melepaskan tembakan menggunakan meriam 15 inci mereka. Dan tembakan pertama itu sendiri mengenai Hood dan tepat kearah stor simpanan peluru mereka. Ini menyebabkan Hood meletup dari dalam dan perlahan-lahan mula untuk senget dan tenggelam. Bismarck juga diakui oleh para sejarahwan memiliki Range Finder (alat bantuan menembak) yang lebih moden berbanding Hood yang dibina didalam era Perang Dunia Pertama. Daripada 1420 orang krew kapal Hood. Hanya 3 sahaja yang terselamat.

Selepas letupan daripada kapal HMS Hood, Bismarck dan Eugen membedil pula HMS Prince of Wales. Tembakan Bismarck mengenai bridge HMS Prince of Wales dan mencederakan kaptennya, Kapten Leach dan Prince of Wales diarahkan untuk berundur. Kapten Lindermann mengarahkan krew Bismarck untuk mengejar kapal British yang cedera itu untuk menghabiskannya namun dibantah oleh komander tinggi Naib Laksamana Lutjhen kerana Bismarck sendiri terkena tembakan dan menghadapi kerosakan di bahagian tangki hadapannya. Kebocoran di bahagian tangki akan menyebabkan Bismarck kekurangan minyak untuk menghabiskan Prince of Wales. Lutjen mengeluarkan arahan supaya Bismarck pulang semula ke pelabuhan Brest, Pelabuhan Perancis yang dikawal oleh German untuk baikpulih kerosakan dan beberapa batu nautica dari Brest masih merupakan ruang zon udara German jadi Bismarck boleh mendapatkan bantuan dari udara Luftwaffe.

Bismarck dan Prinz Eugen mula berpisah. Prinz Eugen diarahkan untuk meneruskan misi untuk menyerang mana-mana kapal konvoi dan Bismarck diarahkan untuk berlayar ke Brest. Laksamana tertinggi German, Laksamana Karl Donnitz juga telah mengarahkan 7 buah Uboat untuk menyediakan persediaan untuk menghadapi unit kapal dari Royal Navy yang dipercayai akan cuba mengejar Bismarck. Namun, tangki yang bocor dari Bismarck menyebabkan mereka mudah dikesan selain daripada kerosakan lain yang menyebabkan Bismarck tidak mampu berlayar dengan kelajuan penuhnya. Tidak lama kemudian, Bismarck ditemui oleh sepasukan skuadron pesawat dari aircraft carrier HMS Victorious dan mendedahkan lokasi Bismarck kepada pasukan tentera laut British. Sir John Tovey juga mengarahkan kesemua kapal dan pesawat dibawah pemerintahannya mengejar dan menghabiskan Bismarck.


Dengan hanya jarak beberapa batu Nautica sahaja lagi untuk tiba di zon udara Luftwaffe berhampiran Brest. Bismarck diserang oleh pesawat yang dianggap kuno, Swordfish yang terbang dari aircraft carrier HMS Ark Royal. Sejarahwan juga ada mengisahkan namun tidak dapat dibuktikan bahawa pesawat kuno ini tidak dapat dikesan oleh sistem pengesanan Bismarck yang moden dan sistem penembakan anti udara Bismarck tidak mampu mengenai pesawat yang perlahan dan kuno swordfish namun masih tidak dapat dibuktikan. Namun, salah satu dari pesawat Swordfish telah berjaya melepaskan torpedo dan mengenai salah satu aset penting sebuah kapal. Torpedonya telah berjaya mengenai rudder Bismarck dan merosakkanya dan tidak mampu dibaik pulih tanpa peralatan yang secukupnya.


Kerosakan rudder ini menyebabkan Bismarck tidak mampu dikawal dan hanya berpusing di sekitar kawasan itu sahaja sehinggalah kapal dari Royal Navy tiba. Bismarck masih melepaskan tembakan walau dibedil dan di torpedo tanpa henti namun masih tidak tenggelam. Ada teori mengatakan Bismarck dihabiskan oleh torpedo dari kruiser HMS Dorsetshire. Namun ada juga teori mengatakan teknologi Bismarck terlalu utuh terutamanya scheme armor turtleback dan anti torpedo belt yang tebal. Bismarck tenggelam kerana di "scuttle" oleh krewnya sendiri bagi mengelakkan teknologi German ditawan.

Terima kasih Wargaming dan Sabaton diatas dua video sejarah mengenai Bismarck.




Comments

Popular posts from this blog

Order no. 270 & Order no. 227

Blutfahne - The Blood Flag

Holodomor - The Great Famine