Capital Ships tentera laut negara Perang Dunia Kedua siri I

Pelabuhan Kure (Kure-shi) terletak didalam wilayah Hiroshima dan merupakan satu daripada dua pelabuhan tertua di Jepun dan masih berdiri sehinggi kini. Pada tahun 2020, Kure masih digunakan sebagai pangkalan perang bagi unit tentera laut bagi JMSDF (Japan Maritime Self-Defense Force)

Namun, lebih kurang 80 tahun yang lepas, Kure berfungsi sebagai sebuah bandar pelabuhan (Kure Naval District) bagi tentera laut diraja Jepun (IJN). Ianya juga menjadi pusat ketumbukan utama semasa perang dunia kedua oleh IJN. Kure juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi lokasi pelancaran kapal perang utama Jepun pada ketika itu, IJN Tsukuba pada 1905 bagi menghadapi kemungkinan perang (Perang Dunia Pertama 1911).

Selain dari memegang rekod sebagai antara Pelabuhan Perang tertua dunia, Kure juga memegang rekod sebagai lokasi kelahiran kepada DUA buah Kapal Tempur (Battleship) kelas Yamato iaitu IJN Yamato dan IJN Musashi. Selain daripada Yamato dan Musashi, Jepun turut membina IJN Shinano iaitu sebuah kapal pengangkut pesawat kelas Yamato yang diubah dari pelan asal kapal tempur kepada kapal pengangkut pesawat namun ianya dibina di pelabuhan kedua tentera laut Jepun yakni Yokosuka.

IJN Yamato & IJN Musashi.

Sehingga ke tahun 2020, kekal memegang rekod sebagai battleship terbesar pernah dibina oleh manusia. Selain daripada itu, ianya juga antara kelompok battleship terakhir yang dibina seiring bersama dengan battleship Iowa class milik Tentera Laut America (USN). Ini berikutan daripada serangan Jepun keatas Pearl Harbor dan Malaya yang menyaksikan kelebihan doktrin menggunakan Kapal Pengangkut Pesawat dimana ianya lebih efektif dan menjimatkan serta kurang berisiko jika dibandingkan penggunaan Battleships yang dianggap sebagai 'Capital Ship' atau lambang kekuatan Tentera Laut sesebuah negara. Jika Yamato adalah "Capital Ship" bagi Jepun, negara lain juga mempunyai lambang mereka sendiri seperti KMS Bismarck dari Bismarck Class bagi Kriegsmarine German, HMS Hood untuk Royal Navy negara Britain, dan USS Missouri dari Iowa class kepada America Syarikat. Jadi berikut adalah perbezaan keupayaan dan kaliber meriam utama setiap kapal mengikut negara.

IJN Yamato :


Berat : 72,000 tan
Meriam : 3 laras didalam 3 meriam - 9
Kaliber meriam : 460 mm / 18.1 inci
Berat peluru meriam utama : 1,460 kg per peluru
Jarak tembakan :  26 miles
Enjin : 12 Kampon turbin dengan kelajuan maksima 27 knots
Kapten : Isoroku Yamamoto - Kosaku Aruga
Tenggelam : 7 April 1945 didalam misi Ten-Ichi Go oleh USN Task Group 58

KMS Bismarck :


Berat : 51,700 tan
Meriam : 2 laras didalam 4 meriam - 8
Kaliber meriam : 380 mm / 15 inci
Berat peluru meriam utama : 800 kg per peluru
Jarak tembakan : 36 miles
Enjin : 12 Wagner boiler dengan kelajuan maksima 30.01 knots
Kapten : Otto Ernst Lindemann - Gunther Lutjens
Tenggelam : 27 Mei 1941 oleh serangan dari sebahagian besar kapal Royal Navy. Namun sehingga ke hari ini, pertengkaran tentang bagaimana Bismarck ditenggelamkan masih dibahaskan.

HMS Hood :


Berat : 46,680 tan
Meriam : 2 laras didalam 4 meriam : 8
Kaliber meriam : 380 mm / 15 inci
Berat peluru meriam utama : 870 kg per peluru
Jarak tembakan : 27 miles
Enjin : 4 geared turbin stim dengan kelajuan maksima 31 knots
Kapten : Ralph Kerr
Tenggelam : 24 Mei 1941 oleh serangan dari KMS Bismarck yang mengenai ruang peluru HMS Hood dan meletupkan dek kapal serta menenggelamkan HMS Hood.

USS Missouri :


Berat : 45,000 tan
Meriam : 3 laras didalam 3 meriam : 9
Kaliber meriam : 406 mm / 16 inci
Berat peluru meriam utama : 850 - 1200  kg per peluru
Jarak tembakan : 24 miles
Enjin : 4 turbin stim dan 8 boiler Babcock & Wilcox
Kapten : William McCombe Callaghan
Tenggelam : Masih terapung dan dijadikan Muzium kapal perang di Kepulauan Hawai. Battleships terakhir dunia dan lokasi tandatangan berakhirnya perang dunia kedua.




Comments

Popular posts from this blog

Blutfahne - The Blood Flag

Order no. 270 & Order no. 227

Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii