Pada penghujung Perang Dunia Pertama, German telah dipaksa menandatangani Perjanjian Versailles dimana empayar (kini republik) telah dikecilkan, unit ketenteraan mereka juga telah direndahkan sehingga hanya memilik 100 000 orang unit keanggotaan, tidak dibenarkan memiliki kapal selam, tidak dibenarkan membina kubu pertahanan dan tidak dibenarkan memiliki unit tentera udara (Luftwaffe).
Selain daripada itu, German juga diarahkan membayar reparations (Ganti Rugi) perang kepada negara-negara bersekutu yang telah menang terutamanya Perancis. Jumlah yang ditetapkan didalam Treaty of Versailles adalah sebanyak 132 Billion GOLD MARK yang bersamaan dengan nilai USD 33 Billion jumlah hari ini.
Pada asalnya kehidupan adalah agak normal. Industri dan perniagaan di German mula berjalan seperti biasa di seluruh German. German juga bergantung kepada wang pinjaman dari America bagi meneruskan kelangsungan hidup. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah tahun 1930 apabila THE GREAT DEPRESSION melanda America. Ianya merupakan krisis kegawatan ekonomi paling teruk didalam sejarah manusia sehingga hari ini. Oleh kerana ekonomi yang kian merudum, America menuntut semula segala hutang piutang negara lain dan ini termasuklah German. (Untuk lebih memahami tentang ini, boleh rujuk pada artikel PASCA PERANG DUNIA PERTAMA di https://insigniawwii.blogspot.com/2020/03/pasca-perang-dunia-pertama-antara.html
Maka bermulalah sejarah perjalanan sebuah parti politik di German yang bakal merubah sejarah seluruh
dunia. NATIONALSOZIALISTISCHE DEUTSCHE ARBEITERPARTEI yang juga bermaksud National Socialist German Worker's Party atau singkatannya NSDAP.
Hujah Adolf Hitler yang merupakan narator NSDAP ketika itu banyak menekankan isu ekonomi serta penghinaan keatas German disebabkan perjanjian Versailles. Ini menyuntik semangat patriotisma didalam diri hadirin yang turut hadir pada ucapannya yang ketika itu bertapak di beer hall di Munich. Disini jugalah dipercayai lahirnya kalimah "Stich in den Rucken" yang dilakukan pihak Yahudi Zionis keatas German semasa perang Dunia Pertama.
Akibatnya, setelah percubaan Coup De Tat yang dilakukan NSDAP di Munich gagal dan Adolf Hitler dipenjarakan selama 9 bulan. Maka beliau memilih untuk menggunakan pilihan raya sebagai solusi. Pilihan Raya yang pertama NSDAP berlaku pada May 1928 dan pertama kali menggunakan nama NSDAP. (Sebelumnya mereka bertanding atas tiket National Socialist Freedom Movement menyaksikan kekalahan teruk pada pilihanraya May 1924 dan December 1924). Telah berlaku beberapa lagi siri Pilihanraya German pada
- May 1928
- September 1930
- July 1932
- November 1932
- March 1933
Pada pilihanraya March 1933 menyaksikan NSDAP memenangi sebanyak 43,9% undian dari jumlah keseluruhan namun masih gagal membentuk majoriti didalam Reichstag ketika itu. Namun bagi meredakan ketegangan politik ketika itu dari penyokong dan rakyat German yang mahukan perubahan kuasa, Chancellor (Pemerintah tertinggi) German ketika itu Paul Von Hindenburg telah bersetuju melantik Adolf Hitler sebagai Naib Chancellor dan pada August 1934, Paul Von Hindenburg menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sakit tua menandakan berakhirnya pemerintahan Weimar Republic kerana kematian Chancellor menandakan jawatan itu akan diserahkan kepada Naib Chancellornya pada ketika itu iaitu Adolf Hitler.
Pada malam perlantikan Adolf Hitler sebagai Chancellor German ketika itu menyaksikan Kota raya Berlin disinari dengan lampu dan obor sebagai tanda sambutan dengan penuh displin ketenteraan.
Comments
Post a Comment