Holodomor - The Great Famine

Kita masih lagi didalam fasa membahaskan pasca perang dunia kedua.
P/S : Mengandungi visual-visual yang tidak menyenangkan. Elakkan dari view gambar yang disertakan dalam posting ini bagi mengelakkan ketidak selesaan anda.

1932 - 1933
Holodomor
The Great Famine
Terror-Famine
Ukraine Famine-Genocide

Ianya hadir dalam pelbagai nama namun paling terkenal dengan nama Holodomor. Sayangnya holodomor tidah mendapat perhatian yang gah seperti holocaust mungkin kerana si pelakunya.

Holodomor berlaku di Ukraine pada tahun 1932 hingga ke 1933. Hanya berlaku selama 2 tahun sahaja namun berjaya meragut nyawa berjuta orang dan tidak seperti Holocaust yang membunuh 6 juta orang dari seluruh benua eropah. Holodomor membunuh jutaan orang dari negara Ukraine sahaja. Angka anggaran bagi kematian holodomor dianggarkan seramai 10 juta orang dan angka ini dipersetujui oleh United Nations berserta 25 negara ahlinya.

Apakah itu Holodomor?

Pada tahun 1929, Pemimpin tertinggi Soviet Union, Joseph Stalin telah melancarkan pelan "5 years plan" dimana matlamat utama pelan ini adalah untuk membangunkan sektor perindustrian berat Soviet Union ketika itu. Tidak dinafikan Soviet Union agak ketinggalan daripada segi pembangunan pada ketika itu. Jadi 5 years plan diperkenalkan. Bagi melaksanakan 5 years plan ini, kewangan yang sangat besar diperlukan, sumber kewangan utama Soviet Union pada ketika itu adalah pertanian. Jadi Soviet menggunakan kuasanya sebagai kerajaan meletakkan had ratio kepada rakyat mereka yang kebanyakkan petani.Hasil-hasil tanaman mereka dirampas didalam jumlah yang tidak masuk akal hinggakan tinggal hanya sedikit untuk dijadikan bekalan makanan mereka. Ini lantas mengakibatkan kekurangan nutrisi dan kebuluran. Peristiwa ini juga telah melancarkan gerakan pemberontak di Ukraine menyebabkan Soviet Union lebih memperketatkan undang-undang mereka di Ukraine.





    Namun kewangan masih diperlukan bagi menjayakan 5 years plan tersebut. Pintu masuk dan keluar Ukraine ditutup. Rakyat Ukraine tidak dibenarkan meninggalkan negara mereka malah polis-polis khas diwujudkan untuk memaksa mereka bertani dan merampas hasil pertanian mereka bila tiba masanya. Sesiapa yang didapati menyembunyikan walau sekarung guni gandum akan ditembak disitu juga. Akhirnya pada musim bunga 1933, pemandangan rakyat Ukraine rebah dan mati dijalanan adalah perkara normal. Punca kematian adalah KEBULURAN.

Yang paling menghibakan adalah, ada diantara mereka yang terpaksa mengambil jalan kecemasan, Cannibalism.







Comments

Popular posts from this blog

Capital Ships tentera laut negara perang dunia kedua siri iii

Order no. 270 & Order no. 227